Followers

Wednesday, December 1, 2010

KENANGAN..




salam..
dear izreen..
dgrla nie..tadi aku terjumpa teks ucapan aku utk majalah skolah aku..hahahahha..... emm..windu sgt2.ni teks ucapan aku utk majalah skolah aku puteri edisi ke 45...



Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya,telah memberikan saya peluang memberi sepatah dua kata dalam majalah puteri edisi ke 45 ini. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada warga SMK Puteri Wilayah yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga ‘PUTERI’ terus cemerlang sebagai wadah ilmu dan hiburan ilmiah kepada warga SMKPW.

Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini selama 5 tahun. Sepanjang menuntut ilmu, terlalu banyak ilmu yang dikutip yang telah membentuk saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan dalam semua aspek samada fizikal atau mental, terutamanya tugas sebagai ketua pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru terutamanya Pn.Hamimah yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli dimana-mana sekaligus menjadikan saya seorang yang komited dan amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru di SMKPW,tidak lupa juga kepada pengawas sesi 2008/2009 terutamanya penolong ketua pengawas Syaza Athirah yang telah memberikan banyak sokongan untuk meneruskan perjuangan ini.

Kepada semua warga SMKPW terutamanya calon PMR/SPM 2009, berusahalah bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang berterusan InsyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata dan menguris hati guru-guru. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat dilaksanakan agar dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka menentukannya sendiri.Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK Puteri Wilayah bertambah cemerlang,gemilang dan terbilang.

yang benar

AMIERA BINTI ABDUL WAHAP.

KETUA PENGAWAS

SMK PUTERI WILAYAH

kenangan with my bendahari..

athirah razak

he3...alhamdulillah tamat sudah perjuangan aku as ketua pngawas skolah smk pw 2008/2009..yg tinggal adalah suatu kenangan dan memori terindah utk aku..coz wlaupun byk kepahitan yg aku raser ..tapi yg pahit tu bila ditelan lama2 akhirnya kita akn dapat merasakan kemanisanya jga....aku harap skolah smkpw akn terus maju dan berjaya...insyaALLAH Amin...


No comments:

Post a Comment