Followers


Sunday, April 8, 2012

S.T.R.E.S.S


salam..hollaaa...Salam sejahtera.

hye2 kamo semuaaa..apa khabar2..he3.thnk u coz sudi dtg melawat blog sy yang x seberapa ni..jom kat post arynie sy nk kongsi sikit sebanyank tentang topik STRESS.Anda kerap mengalami tekanan? Tidak tahu bagaimana hendak mengurus tekanan yang datang melanda? Ikuti tips Pengurusan Stress yang disediakan khusus untuk anda.

Selamat membaca!

SOKONGANDapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.

SOLAT DAN DOASolat dan Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan doa dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.

MENTAL EXERCISE Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.

PENGURUSAN MASA Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.

PANDANGAN TERHADAP STRESS Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative kerana stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.

TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.

BERSEDIA BERKONGSI MASALAH Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.

KRITIKAN NEGATIF Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melemahkan semangat.

LAKUKAN PERUBAHAN Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.

JAGA HUBUNGAN BAIK Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

KETAWA Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.

MENYEMAI SIFAT EHSAN
Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

Harap anda dapat praktikkan tips di atas. Manalah tahu kalau dapat mengurangkan stress anda. Mencuba itu lebih baik daripada biarkan ia bertambah mudarat! jadi rakan2..jika kita stress yang penting jgn buat kejer bodoh n melukakan diri kita sendiri..owkkeeeyyy..ingat setiap masalah ader pnyelesaian...yang penting kita kna tahu bagaimana untuk kita hadapi stress kita tu...cara dan bagaimana terpulang kepada individu itu sendiri.owriteeee...k la..itu jer ..

Sekian


No comments:

Post a Comment